BENTUK BAHARU VIRUS COVID-19 DIKESAN DI SABAH. DIKENALI SEBAGAI "MUTASI A701B"

Sejak wabak pandemik Covid-19 dikesan di negara kita, siapa sangka sehingga kini jumlah kes yang tercatat telah mencecah lebih 100, 000 kes. Tambahan jumlah pesakit yang positif semakin bertambah dari hari ke hari. Namun demikian, kita boleh menarik rasa lega dan bersyukur kerana vaksin bagi penyakit covid-19 sudah berjaya ditemukan dan kerajaan Malaysia sudah pun menempa vaksin tersebut untuk diberikan kepada rakyat. 

Sehubungan itu, perkara ini bukanlah bermaksud kepada kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengetepikan SOP dalam kehidupan norma baharu kerana Covid-19 masih berada di sekeliling kita. Tambahan pula, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa penemuan bentuk baru virus Covid-19 yang telah dikesan di Sabah melalui Kluster Benteng LD di Sabah.

Ditemui selepas 60 sampel diuji dari Kluster Benteng LD di Sabah


Cara sampel diambil. Imej dari FotoBernama

“Kami telah mengenal pasti mutasi A701B tetapi tidak pasti mengenai kesan klinikal seperti kadar jangkitan dan mutasi virus (dari strain bermutasi).‘ – Dr. Noor Hisham Abdullah, petikan dari Malay Mail

Bentuk baru virus Covid-19 ini dikesan sebagai mutasi baru A701B dan ia ditemui selepas 60 sampel diuji dari Kluster Benteng LD di Sabah. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau mutasi baru ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai impak virus ini kepada masyarakat.

Mutasi A701B ini bukan sahaja dikesan di Malaysia malah beberapa negara seperti Singapura, Afrika Selatan, Australia, dan juga Belanda turut menghadapi isu yang sama berkaitan mutasi yang baharu ini. 

Bentuk-bentuk baru virus yang telah ditemui sebelum ini


Salah satu bentuk mutasi. Imej dari Berita Harian

“Wabak Covid-19 sentiasa bermutasi maka pemantauan dilakukan untuk melihat impaknya kepada populasi.” – Dr. Noor Hisham Abdullah, petikan dari Utusan

Virus Covid-19 pertama kali dijumpai di Wuhan, China,  tidak sama dengan apa yang akan ditemui di kebanyakan negara lain. Manakala bagi Mutasi D614G pula, ditemui di Eropah pada bulan Februari dan menjadi struktur virus yang dominan di seluruh dunia. Di Malaysia, mutasi D614G telah dikesan melalui Kluster Sivagangga di Kedah serta beberapa tempat di Johor dan Sabah

Dalam keadaan ini, kaedah terbaik untuk menghentikan jangkitan adalah dengan mematuhi SOP yang disediakan iaitu mengamalkan 3W (Wash, Wear, Warn) dan mengelakkan 3C (Crowded Space, Confined Space, Close Conversation).

Post a Comment

0 Comments