JURURAWAT DIDAPATI POSITIF COVID-19 SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN

 

CALIFORNIA: Seorang jururawat yang berusia 45 tahun didapati positif Covid-19 seminggu selepas menerima vaksin Coronavirus Pfizer Inc di California, Amerika Syarikat (AS). 

Matthew W,  jururawat bekerja di dua hospital tempatan berbeza, memberitahu bahawa beliau telah menerima suntikan vaksin Pfizer pada 18 Disember lalu di media sosial beliau (Facebook). 

Beliau menyatakan bahawa lengannya berasa sakit selama sehari namun tidak menerima kesan sampingan lain. 

Namun, enam hari seterusnya pada malam Krismas, jururawat tersebut jatuh sakit, menurut laporan beliau mengalami menggigil, sakit otot serta keletihan. Pada masa yang sama, jururawat itu juga bekerja di unit Covid-19. 

Menurut laporan juga beliau segera mendapatkan rawatan dan ujian saringan Covid-19 di hospital berkenaan, hasil ujian tersebut beliau didapati positif sehari selepas sambutan Hari Krismas.

Pakar penyakit berjangkit dengan Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Christian Ramers, menyatakan bahawa situasi ini bersifat tidak terjangka. 

"Kami dimaklumkan bahawa dalam ujian klinikal, vaksin mengambil masa sekitar 10 hingga 14 hari untuk mula memberi perlindungan." jelas Christian Ramers.

"Dos pertama yang diberikan hanya sekitar 50 peratus dan anda memerlukan dos kedua itu, yang memberi perlindungan sehingga 95 peratus," katanya.

Post a Comment

0 Comments