LAMPARD SEMAKIN TERTEKAN


 LONDON: Pengurus Chelsea, Frank Lampard semakin dilanda tekanan apabila Chelsea sekadar mengikat kedudukan seri 1-1 bersama Aston Villa di Stamford Bridge..

Skuad kendalian Lampard kini hanya menang sekali daripada lima perlawanan terakhir liga dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga iaitu Liverpool. Chelsea kini berada di tangga keenam dan bermain lebih satu perlawanan berbanding juara bertahan itu.

Aston Villa juga berada di hadapan Chelsea selepas statistik perbezaan gol walaupun skuad kendalian Dean Smith bermain lebih dua perlawanan dan pelawat berhak mendapat satu mata.

"Kini masa yang agak sukar dan anda perlu bangkit untuk menghadapinya," kata Lampard. "Tiada pemain yang menghampakan saya malam ini, semua orang bermain dengan sangat semerlang, nasib hanya tidak menyebelahi kami."


Olivier Giroud menjadi seorang daripada pemain yang dimasukkan ke dalam kesebelasan utama, peluang ini tidak disia-siakan oleh beliau selepas berjaya meletakkan Chelsea di hadapan dengan membuat jaringan pembukaan hasil tandukan yang diterima oleh hantaran Ben Chilwell. Ini menambahkan hasil jaringan beliau yang kesembilan pada musim ini.



Namun, Aston Villa tidak menunjukkan tanda kejatuhan sebaliknya berjaya membolosi gawang Chelsea dan menyamakan kedudukan menerusi hantaran Matty Cash yang disempurnakan oleh Anwar El Ghazi pada babak kedua. Permainan berkahir dengan keputusan seri 1-1. 




Post a Comment

0 Comments