MARCUS RASHFORD BENAM WOLVES SEKALIGUS MENEMPATKAN UNITED DI KEDUDUKAN KEDUA LIGA


 LONDON: Jaringan Marcus Rashford pada minit ke-93 berjaya membawa pasukan "Red Devils" untuk mengungguli kedudukan kedua dalam carta Liga Perdana selepas berjaya menewaskan Wolves 1-0 serta wujudnya kebimbangan mengenai wabak Covid-19.

Sejumlah 18 ujian positif dicatatkan dalam kalangan pemain dan kakitangan pada pusingan kali ini sehingga terpaksa menunda perlawanan atas faktor keselamatan

Menurut laporan The Telegraph, Liga Perdana akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan berkaitan untuk menghentikan semua perlawanan selama dua minggu berikutan tahap penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan seluruh England. 

Walau bagaimanapun, Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus Manchester United meminta agar kejohanan tersebut diteruskan.

"Dalam kelompok kami, kami sudah membuktikan ia menjadi agak selamat, kami tidak banyak mencatatkan kes penularan dalam kumpulan."

"Saya tidak yakin dengan berhenti bermain bola sepak ia mendatangkan perbezaan," jelas Solskjaer dengan skuad kendaliannya yang mampu menjadi pencabar gelaran selepas menunjukkan keputusan yang baik pada awal musim ini.

Pasukan "Red Devils" menang dengan hasil sepakan Marcus Rashford pada minit-minit terakhir permainan, sepankan yang terkena Roman Saiss dan membawa bola menembusi gawang pihak lawan. Pemain kelahiran England itu juga sekali gus membawa United naik ke kedudukan kedua dibelakang pendahulu liga iaitu Liverpool.



Post a Comment

0 Comments