MENGHINA LAGU KEBANGSAAN INDONESIA: PELAKU BUKAN DARI MALAYSIA


Kuala Lumpur: Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador video yang tular baru-baru ini berkaitan lagu kebangsaan Indonesia dilakukan oleh seorang suspek yang berasal daripada warga republik itu sendiri dan bukan dari Malaysia. Video tersebut memaparkan lirik lagu kebangsaan Indonesia yang disunting dan mampu menimbulkan penghinaan kepada negara.

"Maklumat ini berjaya diperoleh hasil siasatan pihak polis ke atas seorang buruh warga Indonesia berusia 40-an di Sabah" jelas beliau. 

"Suspek itu ditahan di Sabah, pada Isnin lalu dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) menemui petunjuk baharu dalam penyiasatan kes berkenaan."

"Ya, PDRM dapat petunjuk baharu bahawa pelakunya dikatakan berasal dari negara seberang (Indonesia) dan kami sedang menyoal siasat untuk mendapatkan maklumat lanjut pengakuannya siapa yang sunting video itu," katanya kepada Bernama di Bukit Aman.

Abdul Hamid turut menyatakan bahawa hasil siasatan ini telah dikongsikan kepada pihak Polisi Republik Indonesia (POLRI) bagi membantu siasatan. Kedua-dua pihak polis negara Malaysia dan Indonesia bekerjasama dalam mencari mereka yang bertanggungjawab ke atas kes ini, kes ini amatlah serius dan suspek utama akan diketahui dalam masa terdekat .

"Dalam kes terbaharu ini, ada manusia durjana yang tidak bertanggungjaawab dan bermotif jahat telah memperlekehkan lagu kebangsaan Indonesia Raya.

"Parodi ini menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia dan saya memberi jaminan bahawa satu tindakan drastik telah diambil oleh Jabatan Siasatan Jenayah iaitu menubuhkan satu pasukan khusus telah diterbangkan ke Sabah pada semalam untuk menjejaki pelaku-pelaku ini," katanya.

"Apa-apa jenis perbuatan atau tindakan yang berpotensi untuk mengaibkan kehormatan sesebuah negara itu merupakan kesalahan yang amat berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat." Tegas Abdul Hamid

"Insya-Allah apabila tertangkapnya suspek, kita akan adili dan mendakwanya di mahkamah untuk menerima hukuman setimpalnya.

"Saya memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak meneruskan aktiviti terkutuk ini dan (perbuatan) yang menimbulkan perasaan sakit hati dalam kalangan rakyat negara jiran kita hentikan," katanya.

Sebelum ini, satu video telah dimuat naik dua minggu lepas oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komentar di laman YouTube My Asean, menunjukkan lirik lagu kebangsaan Indonesia, Indonesia Raya, yang telah diubah dan bertujuan untuk menghina negara Indonesia.

Tidak lama selepas itu video tersebut dipadamkan, namun video itu sempat dimuat naik ke media sosial  dan menjadi tular di Indonesia, sehingga menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan.

Post a Comment

0 Comments