MURAL BERKONSEPKAN KITA JAGA KITA MENJADI HIASAN DAN MESEJ KEPADA RAKYAT SARAWAK

 

KUCHING: Siapa sangka dengan hanya sekadar hobi bermula dari usia tujuh tahun, Amey Sheikh Ali, 30 tahun, tidak menyangka sama sekali bahawa bakat melukisnya dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan. 

Pada tahun 2013, Amey bertekad menjadi seorang pelukis mural sepenuh masa dan bangga apabila hasil lukisan muralnya itu sudah menghiasi beberapa bandar utama di Sarawak.
Untuk rekod, dia telah melukis lebih 50 mural di Sarawak, Kuala Lumpur. Beliau juga mempunyai hasil lukisan mural di Ningbo, China.
Bersesuaian dengan  pandemik yang dihadapi ketika ini, beliau lebih memilih untuk menghasilkan lukisan-lukisan yang bertemakan COVID-19 dan norma baharu.
Baru-baru ini, Amey telah menghasilkan sebuah mural yang bertemakan 'Kita Jaga Kita', dalam mural tersebut, beliau menjadikan ister dan anaknya untuk dilukis dan menghasilkan mesej kepada orang awam agar sentiasa mengikuti SOP bagi menjaga orang yang tersayang.
“Apa yang cuba saya paparkan adalah kita semua mempunyai tanggungjawab untuk membendung penularan wabak ini, tidak kira tua atau muda, semua memilliki peranan yang sama,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.


Selain itu menerusi karyanya juga, Amey berharap agar masyarakat akan lebih prihatin tentang kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

Post a Comment

0 Comments