PEKERJA FARMASI DITAHAN ATAS TUDUHAN BERNIAT JAHAT MEROSAKKAN VAKSIN DI AMERIKA SYARIKAT (AS)




 MADISON: Seorang pekerja farmasi ditahan di sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) atas tiga pertuduhan yang membawa niat jahat untuk merosakkan stok vaksin yang berada dalam simpanan.

Suspek yang bekerja di hospital Aurora Health itu ditahan pada Khamis lalu atas tuduhan kerana cuai sehinggakan membahayakan suasana keselamatan, merosakkan ubat preskripsi, serta kerosakan harta benda.

Suspek sudah  dipecat pleh pihak hospital selepas pihak hospital mendapati tindakan suspek yang sengaja mengeluarkan 57 botol vaksin koronavirus Moderna di tempat penyimpanan. Suspek juga mengakui atas tindakannya itu dan pihak hospital tidak teragak-agak untuk memecatnya.

Sebelum ini suspek mendakwa bahawa dia tindakan yang dilakukannya itu adalah secara tidak sengaja, namun suspek mengaku dengan menulis nota yang menyatakan dia melakukannya dengan sengaja. 

Suspek kini sedang berada dalam tahanan di penjara Ozaukee County, Wisconsin.
Pihak polis masih menjalankan siasatan berkaitan kes yang mungkin membawa motif lain.


Post a Comment

0 Comments