PIHAK JAKARTA DEDAHKAN DUA SUSPEK KES VIDEO L*C4H SELEBRITI




 JAKARTA: Polis Indonesia menamakan seorang lelaki dan wanita yang disyaki terlibat dengan kes video lucah berkaitan selebriti kerana melanggar Akta Pornografi 2008, walaupun pelaku menggesa hak peribadi mereka dirahsiakan. 

Wanita itu dikenali dengan nama samaran  GA manakala lelaki tersebut sebagai MYD, dinamakan sebagai suspek kes itu semalam," jelas jurucakap Polis Jakarta, Yusri Yunus.

"Berdasarkan pendedahan kes yang kami lakukan pada Isnin yang lepas, kami dapat menegsahkan status saksi kes ini ditukar kepada suspek dan mereka akan dipanggil untuk memberikan kerjasama dengan memberi keterangan pada 4 Januari ini."

"Kedua-dua suspek dalam soal siasat awal yang dijalankan secara berasingan mengakui kepada polis bahawa mereka adalah orang dalam video itu," jelasnya lagi.

Bulan lalu, pijak polis mendedahkan nama dua suspek dalam kes itu, yang hanya dikenali sebagai MN dan PP, kerana disyaki menyebarkan video itu di media sosial.

GA sebelum ini telah disoal siasat sebanyak dua kali sebagai saksi dalam kes itu tersebut. GA disyaki menjadi salah seorang pelaku bersama MYD dalam video yang tular di media sosial bulan lalu.

Kedua-dua suspek MYD dan GA akan didakwa mengikut Artikel 4,29 dan 8 Akta Pornografi 2008, yang melarang mana-mana individu membuat, memperdagangkan, menyebarkan atau mempamerkan bahan pornografi.

Perkara ini menjadi kontroversi kerana mampu membawa kepada hukuman penjara maksimum sehingga12 tahun jika disabit kesalahan.

Yusri berkata, siasatan sudah pun diselesaikan dan semuanya telah diserahkan kepada pendakwah raya untuk dibawa ke pihak mahkamah. 

Sementara itu, Gisella Anastasia, mengaku bahawa sememangnya dia adalah wanita dalam  video klip seks yang tular di media sosial tidak lama dulu.

Pihak polis dapat mengkonformasikan perkara tersebut selepas penyayi Indonesia itu membuat pengakuannya berkenaan video yang tersebar dan tular di media sosial adalah dirinya sendiri, ketika siasatan dilakukan.

Polis menjelaskan bahawa rakaman itu telah dibuat pada 2017 di Medan, Indonesia ketika beliau masih berstatus isteri kepada pelakon, Gading Marten.

Gisella dan Gading berkahwin pada 2013 serta mempunyai seorang cahaya mata tetapi pasangan itu bercerai dan berpisah pada Januari 2019.



Post a Comment

0 Comments