SYED SADDIQ MENJUNJUNG KASIH ATAS SUMBANGAN RM300,000 DAN MEMINTA MAAF KEPADA TMJ




 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) atas sumbangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada penduduk Muar.

Satu kenyataan dilakukan menerusi akaun media sosialnya, sumbangan sebanyak RM300,000 telah diumumkan oleh TMJ akan diberikan kepada anak-anak Muar. 

Syed Saddiq berkata,

"Patik menjunjung kasih kepada Tunku kerana sudi menyumbangkan RM300,000 kepada anak-anak Muar. Patik dan orang Muar terhutang budi pada jasa baik Tunku."

“Patik percaya, yang kita perlu sentiasa membuat baik dan berlumba-lumba untuk membuat perkara yang baik,"

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga meminta maaf kepada Tunku Ismail atas perbuatannya yang dilihat seperti meminta simpati rakyat agar dapat memberikan bantuan kepadanya. 
Syed Saddiq menjelaskan,
“Sebagai manusia biasa, patik tidak terlepas daripada membuat kesilapan, patik mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun, sekiranya ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga.
“Sebagai anak jati kelahiran Johor, yang membesar di Johor dan sekolah di Johor, patik dan seluruh keluarga amat terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga selaku pemerintah kerajaan negeri Johor.
"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi Tunku dan keluarga,” katanya lagi
Sebelum ini, Syed Saddiq melakukan kempen tersebut bertujuan untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Post a Comment

0 Comments