BANJIR JOHOR: MAYAT PENUNTUT UNIVERSITI BERJAYA DITEMUI PIHAK PENYELAMAT

 

KLUANG: Pelajar tahun pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya ditemui lemas selepas keretanya tenggelam dalam bencana banjir di Kampung Nyior, Kluang, pada Isnin.

Mayat Ikmal Hakimi Mahasan, 20 tahun, ditemui sekitar  jam 12.20 tengah hari, mayatnya dijumpai 50 meter dari pacuan empat roda miliknya yang turut dijumpai tenggelam sedalam empat meter di dalam longkang.
Mangsa tidak dapat dihubungi dan dilaporkan hilang oleh keluarganya pada ahad lalu. Menurut laporan, mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar pergi ke rumah kawannya.
Sejurus laporan diterima, misi mencari dan menyelamat segera di lakukan berhampiran dengan rumahnya di Kampung Bentong dan kawasan yang dipercayai dilalui mangsa iaitu di kawasan Kampung Melayu Nyior.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng menjelaskan bahawa, kereta yang dipandu mangsa berkemungkinan dihanyutkan oleh arus sungai berhampiran kawasan itu. 
"Bapa mangsa yang berusia 50 tahun memaklumkan, mangsa memberitahu mahu ke rumah rakannya di Kampung Bentong. Tapi kawasan itu tidak dapat dimasuki kerana jalan dinaiki air."
"Kita difahamkan, mangsa juga ada memberitahu seorang rakannya yang lain bahawa dia mendapat tahu ada jalan lain ke Kampung Bentong iaitu melalui jalan Kampung Nyior," katanya di sini, pada Isnin."


Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Akob Sidek, menekankan bahawa pihaknya sebelum itu berjaya menemui kereta mangsa yang tenggelam sedalam empat meter di dalam longkang.
"Kita kemudian menarik naik kereta itu namun mendapati mangsa tiada di dalam kenderaan berkenaan. Operasi SAR kemudian diteruskan sebelum mayat mangsa ditemui 51 meter dari keretanya.
"Dia kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Post a Comment

0 Comments