BUANG BAYI: INDIVIDU MENEMUI BAYI PEREMPUAN YANG DIBUANG DI DALAM KOTAK

 BERA: Seorang Individu menemukan bayi perempuan yang masih hidup di dalam kotak dan dalam keadaan kesejukan di kawasan kebun kelapa sawit sekitar Pejabat Risda Kemayan pada Rabu lepas. 


Menurut maklumat, individu yang merupakan seorang lelaki menemui bayi perempuan tersebut ketika beliau dalam perjalanan untuk pergi memancing di sungai berhampiran kira-kira pukul 1:50 tengah hari. 
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin menjelaskan, pihak polis telah mendapat panggilan berkenaan penemuan berikut, sejurus laporan diterima anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Apabila polis sampai di tempat kejadian iaitu di tepi sebuah kebun sawit, kita mendapati bayi itu yang diletakkan di dalam kotak masih hidup.
Menurutnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dan berniat untuk membuang bayi.
Bayi ditemui di dalam kotak


Katanya, pihak polis masih sedang gigih melakukat penyiasatan untuk mengenal pasti pelaku yang bertanggungjawab dalam membuang bayi tersebut.

Post a Comment

0 Comments