HARGA RON95 DAN RON97 NAIK EMPAT SEN, DIESEL NAIK TIGA SEN




 KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak empat sen seliter. Bagi diesel pula, harga runcit dinaikkan tiga sen seliter. Kenaikan harga ini adalah bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Januari depan.

Kementerian Kewangan turut menyatakan harga baru bagi minyak. Harga bagi petrol RON95 ialah RM1.84 seliter manakala harga untuk petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.
"Harga runcit diesel naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter," jelas kenyataan tersebut. 
Kementerian Kewangan turut menegaskan bahawa kenaikan harga baharu ini adalah berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dan mengikut penetapan harga runcit produk petroleum. 
Kerajaan juga akan terus mengambil tindakan yang prakmatik memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjaga dengan memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia. 

Post a Comment

0 Comments