"KAPTEN MCTOMINAY" BENAM WATFORD DENGAN TANDUKAN KE DALAM PENJURU GAWANG


United Kingdom: Scott McTominay memberikan kemengan kepada United selepas berjaya menjaringkan gol tunggal dan menang 1-0 menentang Watford pada pusingan ketiga Piala FA menentang Watford. Beliau ditugaskan sebagai kapten pada perlawanan tersebut dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik. 





Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu bermula dengan baik di halaman sendiri, dengan Daniel James yang tampak menyerlah di bahagian kiri dan McTominay yang memberikan kejutan dengamemberikan gol pembukaan seawaal minit kelima. 


Pemain yang berasal dari Scotland itu berjaya menanduk bola ke dalam penjuru gawang lawan menerusi sepakan penjuru Alex Telles. 


Aksi di babak kedua nampak membosankan dengan pasukan lawan iaitu Watford gagal mencari penyudah bagi memberikan saingan dan ancaman kepada pasukan United.


"Perkara paling penting dalam perebutan piala ialah anda mara, jadi ia membuatkan semua orang gembira, tapi bagi saya tempoh 15-20 minit pertama adalah persembahan terbaik," jelas Solskjaer kepada BBC.


"Saya rasa kami bermain baik, mencipta peluang dan kemudian membiarkan mereka kembali dalam perlawanan tapi kami mara."




Post a Comment

0 Comments