KES DERA: IBU KANDUNG DAN BAPA TIRI DISYAKI MENDERA DAN MENYEBABKAN KEMATIAN SEORANG KANAK-KANAK


AYER KEROH: Sepasang suami isteri dipercayai mendera dan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun. Kedua-dua suspek tersebut direman selama tujuh hari sehingga 5 Februari bagi memberi kerjasama dalam siasatan tersebut. 


Mohd Anuar Ostadi selaku Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, mengeluarkan perintah reman kepada kedua-dua suspek. 


Hal ini bagi membolehkan pihak polis untuk melakukan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sebeum ini, kedua suspek yang masing-masing berumur 38 tahun dan 32 tahun yang juga berstatus ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, sekitar pukul 9:20 pagi selepas mereka ditahan di kediaman mereka di Taman Krubong Jaya.


Ketika insiden yang belaku sekitar pukul 4 petang itu, mangsa telah ditemukan lemas di dalam tong air di kediaman tersebut. Terdapat beberapa kesan kecederaan dilaporkan di bahagian tubuh mangsa.


Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman yang merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri mengatakan, hasil daripada pemeriksaan terhadap mayat mangsa, kesan lebam dan kecederaan ditemui di beberapa anggota badan, kemudian mayat kanak-kanak tersebut diserahkan kepada pihak Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat. 


"Serah sahaja kepada polis untuk menjalankan siasatan dan polis akan memastikan siasatan dijalankan mengikut undang-undang serta kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah," tegasnya lagi.


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan disebabkan melakukan pembunuhan.


Kisah kanak-kanak malang itu pernah menjadi tular pada Oktober tahun sebelum ini apabila ibu angkat yang menjaganya sejak dari bayi lagi perlu akur untuk menyerahkan kembali kepada ibu kandungnya.  


Perkara tersebut dikongsikan melalui satu video klip di media sosial yang memperlihatkan ibu angkat mangsa menangis teresak-esak ketika meratapi kanak-kanak tersebut sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya.  

Post a Comment

0 Comments