MANCHESTER UNITED BERJAYA MENYINGKIRKAN LIVERPOOL DARI PIALA FA DI PUSINGAN KEEMPAT


 


MANCHESTER: Pasukan "Red Devils" berjaya menundukkan pasukan Liverpool 3-2 di laman sendiri dan menyingkirkan liverpool daripada Liga Piala FA.


Mohamed Salah memberikan permulaan yang baik kepada pasukan pelawat menerusi pembukaan gol di minit ke 18, tetapi Mason Greenwood segera menyamakan kedudukan lapan minit selepas itu menerusi gerakan serangan balas Manchester United. Kedudukan kekal 1-1 semasa babak pertama.








Memasuki di babak kedua. Marcus Rashford dengan segera meledakkan gol pada minit 48, namun pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan sepuluh minit selepas itu melalui Salah yang mengembalikan keseimbangan setelah berlari ke hantaran Roberto Firmino dan menyamakan kedudukan 2-2.


Pentas perlawanan kini ditetapkan oleh Bruno Fernandes yang masuk menggantikan Van De Beek. Fernandes menyelesaikan perlawanan 12 minit selepas kemasukannya menerusi sepakan percuma yang berbisa dari pinggir kotak penalti dan menewaskan Allison selaku penjaga gawang Liverpool. Kemenangan ini sekaligus membawa pasukan "The Red Devils" itu mara ke pusingan ke-5 melawan West Ham bulan depan.




Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer berkata, "Hebat untuk memenangi perlawanan menentang juara tahun lalu - mereka adalah pasukan yang hebat dan kami telah memperoleh keputusan yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan bermain sistem yang berbeza tetapi hari ini kami bermain dengan baik dan menang berdasarkan syarat kami."

 

"Kami telah menemui cara yang kami dan para pemain percayai dan kami semakin kuat dan kuat. Mentaliti kami untuk kembali dari ketinggalan 1-0. Kami telah menunjukkannya berkali-kali musim ini. Secara fizikal kami semakin kuat dan kuat dan bertahan hingga akhir permainan lebih banyak lagi."

Post a Comment

0 Comments