MISI KEMANUSIAAN EBIT LEW: EBIT LEW GEMBIRA MENGISLAMKAN PENDUDUK DAN MEMBANTU GOLONGAN DI NEGERI SABAH


KUALA LUMPUR: Tular baru-baru ini, Ebit Lew yang merupakan seorang pendakwah bebas menitiskan air mata kegembiaraan beliau apabila berjaya berdakwah dan menarik seramai 157 orang dari suku Bajau Laut untuk memasuki agama Islam di Sabah. 


Melalui coretan beliau di media sosial "Facebook", Ebit memberitahu bahawa beliau pergi ke sebuah pulau di Semporna bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan beliau di Negeri Di Bawah Bayu tersebut. 
Ebit menyatakan, semua penduduk yang tinggal di Pulau tersebut hanyalah tinggal di bot-bot dan pondok kecil. lebih menghayat hati lagi mereka merupakan golongan yang dalam kesusahan dan tidak mempunyai bekalan makanan. 
Sewaktu beliau memberikan bantuan terhadap 157 orang itu, mereka memberitahu beliau dan menyoal berkaitan apa itu Tuhan dan siapakah Tuhan?
"Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan merupakan golongan manusia tanpa negara."

"Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun."

"Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama."

"Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi."

"Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah," tulis Ebit.

Beliau berikrar, beliau akan sedaya upaya untuk sentiasa membantu mereka di kawasan tersebut dan sedang berikhtiar untuk mendirikan sebuah sekolah serta mempersiapkan seorang ustaz bagi mengjarkan mereka berkaitan ilmu agama dan sebagainya. 

Post a Comment

0 Comments