PERAGUT DIPUKUL ORANG AWAM SELEPAS MERAGUT RANTAI EMAS


Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang dipercayai meragut rantai emas seorang lelaki berjaya di tahan oleh orang awam. Kesan daripada tindakannya itu orang awam memukulnya sehingga cedera. Kejadian berlaku di Jalan Tun Sambanthan, Jumaat lalu. 


Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar menjelaskan, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 10 malam.


"Ketika kejadian, mangsa bersama orang awam bertindak mengejar suspek berusia 32 tahun itu sebelum berjaya menahannya.


"Suspek didapati mengalami kecederaan semasa tangkapan dilakukan oleh orang awam sebelum dia diserahkan kepada pihak polis," jelas kenyataannya.


Beliau berkata, mangsa mengalami kos kerugian sehingga RM3,800 dalam kejadian tersebut.


"Semakan mendapati suspek mempunyai 24 rekod membabitkan pelbagai kes jenayah dan dadah."


"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 15 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan."


"Dengan penahanan suspek ini, kami percaya dapat menyelesaikan beberapa kes ragut lain di sekitar daerah Brickfields," jelasnnya lagi.


Beliau berkata, pihaknya akan terus bertindak dengan lebih prakmatik dan efisien bagi memastikan keselamatan dan keharmonian awam sentiasa terjaga. 


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran," tegasnya.

Post a Comment

0 Comments