PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN TERBAHARU BPR BAGI TAHUN 2021

 Permohonan dan Pendaftaran untuk BPR 2021 

 Kepada golongan-golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai pendapatan yang rendah sudah tentu akan mengalami tekanan dek kerana kos sara hidup yang semakin menaik dari semasa ke semasa, namun kerajaan yang dipacu oleh Perikatan Nasional (PN) terus giat berusaha untuk membantu meringankan beban individu bujang serta isi rumah menerusi Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). 

Bantuan Prihatin Rakyat Ganti Bantuan Sara Hidup Rakyat

Melalui pembentangan bajet 2021, pihak kerajaan telah memperbaiki pelaksanaan bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah melalui Bantuan Prihatin Rakyat yang sebelum ini dinamakan Bantuan Sara Hidup Rakyat. Perkara ini sememangnya memberikan nafas baharu kepada golongan-golongan yang berpendapatan rendah. 

Pihak kerajaan juga akan memfokuskan dan memperluaskan (BPR) kepada mereka yang berpendapatan rendah terutamanya golongan B40, hal ini sememangnya dilihat tepat ekoran kenaikan harga barang, makanan,kemudahan tempat tinggal, kemudahan kesihatan dan pelbagai lagi. Perkara inilah yang dikatakan menjadi beban kepada golongan-golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. 

Kelayakan Dan Kriteria Permohonan Baru BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat

Sebelum membuat permohonan, seseorang pemohon itu perlulah mempunyai syarat yang cukup untuk menjadi seorang pemohon. Maklumat dibawah perlu dijadikan rujukan dan panduan kepada pemohon untuk mengetahui syarat yang diperlukan. 

Kategori Layak Buat Permohonan Baru BPR 2021 – Isi Rumah

1. Berkahwin
2. Ibu Bapa Tunggal | Balu | Janda | Duda | yang mempunyai anak
3. Warga emas Sebatang kara

Kriteria Kelayakan Umum Permohonan Baru BPR 2021 – Isi Rumah

1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
3. Warga emas sebatang kara, Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM5,000 dan ke bawah

Kriteria Kelayakan Umum Permohonan Baru BPR 2021 Individu Bujang

1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan bujang berusia 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang RM2,500 sebulan

Lampiran Jumlah Bantuan Diterima Mengikut Kategori Pendapatan

kategori jumlah bantuan bpr 2021

Bila Tarikh Permohonan BPR 2021
DibukaDitutup
Januari 2021
Cara Dan Langkah Buat Permohonan BPR 2021

Sebagai Pemohon yang baru. Anda boleh memilih samada hendak membuat permohonan BPR secara atas talian (online) ataupun secara manual sahaja iaitu dengan mengisi borang. Pemohon hanya dibenarkan untuk menggunakan salah satu kaedah sahaja bagi mengelakkan sebarang duplikasi. 

Permohonan BPR 2021 Online

Melalui Portal Rasmi BPR LHDNM, sila klik pada pautan di bawah

Permohonan boleh dibuat dengan melayari: https://bpr.hasil.gov.my

Bagi penerima BSH dan BPN 2.0, anda cuma perlu membuat kemaskini sahaja. Caranya adalah dengan login ke https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Permohonan BPR 2021 Manual (Guna Borang)

Borang Permohonan BPR 2021 boleh didapati secara percuma di lokasi berikut
Portal Rasmi BPR LHDNM
Cawangan LHDNM | Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM | Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM


Post a Comment

1 Comments