PERUTUSAN KHAS: PIHAK KERAJAAN UMUM PKP BERPERINGKAT MENGIKUT NEGERI


PUTRAJAYA: Pihak Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12:01 pada tanggal 13 Januari sehingga 26 Januari,2021. 


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya sebentar tadi menjelaskan, inisiatif ini perlu dilaksanakan berikutan kemudahan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak dapat menampung peningkatan kes iaitu sebanyak 2,000 kes baharu setiap hari. 


“Tidak mudah untuk saya mengatakan semua ini tetapi inilah realiti yang berlaku sekarang dengan berbagai kemungkinan yang terpaksa kita hadapi sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa sebarang campur tangan atau intervensi kesihatan awam yang lebih ketat."
The situation today is indeed very alarming. Our healthcare system is under tremendous pressure now than at any other time since the start of the pandemic. As I have said before, unprecedented situations call for unprecedented measures,” Jelasnya  lagi.
Beliau menjelaskan dalam perutusannya, PKP ini akan melibatkan tiga fasa pelaksanaan.
“Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
“Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
“Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang mempunyai risiko yang tinggi dan mempunyai perkhidmatan kesihatan yang hampir mencapai kapasiti maksimum. 
KKM, tegasnyaa lagi, akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi melihat sejauh mana pelaksanaan PKP ini perlu ditamatkan selepas tempoh dua minggu atau perlu diteruskan. 

Post a Comment

0 Comments