PESAWAT SRIWIJAYA DIPERCAYAI TERHEMPAS DI LAUT


 Jakarta: Sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air yang berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak dilaporkan terputus kontak. Pesawat boeng 737 itu dikhuatiri terhempas ke dalam laut.

Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat tersebut telah berlepas pada pukul 2:36 petang waktu tempatan dan dijadualkan mendarat di Pontianak, pukul 3:15 petang.

"Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur, sebelum hilang," jelas jurucakap tersebut melalui pesanan ringkas WhatsApps.

Jumlah penumpang dan anak anak kapal di dalam pesawat tidak dapat dinyatakan selepas kapal tersebut meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta petang tadi. Setakat ini, pesawat tersebut mempunyai kapasiti untuk memuatkan sehingga 130 orang.


Lokasi terakhir selepas pesawat terputus isyarat







Kementerian pengangkutan Indonesia menjelaskan bahawa pihaknya sedang giat melakukan penyiasatan berkaitan kejadian ini.

"Sebuah pesawat (Udara) Sriwijaya dari Jakarta ke Pontianak (di pulau Borneo) dengan tanda panggilan SJY182 telah kehilangan kontak," jelas jurucakap kementerian, Adita Irawati.

"Ia terakhir kali menghubungi pada 2:40 pm (0740 GMT)."


Post a Comment

0 Comments