"SAMBAL NYET" KHAIRUL AMING CETUS FENOMENA TERJUAL 10,000 BOTOL DALAM MASA SEJAM



 Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman merupakan seorang yang cukup terkenal di media sosial. Beliau dikenali dengan koleksi resipi yang selalu dikongsi di Instagram dan Twitter beliau. Perkongsian video beliau mempunyai tontonan yang ramai bahkan beliau juga pernah membuat video resipi bersama penyayi terkenal seperti Faizal Tahir dan juga Dato Siti Nurhaliza. 


Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan tindakan beliau yang mencuba pengalaman baharu dengan memasarkan produknya sendiri yang dikenali sebagai "Sambal Nyet". Produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. Dengan hanya sejam selepas penjualan produk tersebut, jualan Khairul Aming habis terjual 10,000 botol.  



"Alhamdulillah, 10,000 botol Sambal Nyet semua dah sold out dalam 54 minit. Terima kasih semuaaa. Aku nak nangis bu i can't because i have work to do. Inshaallah 2-3 ribu botol pertama akan pos petang ni jugak. Ya allah takutnya nak bagi beribu orang rasa. Thank you again," tulisnya melalui Twitter.


Khairul Amin juga menyatakan bahawa beliau mengeluarkan produk sambal pedas ini berdasarkan pengalamannya berkongsi video resipi makanan selama empat tahun.


Ramai warganet memuji dan menyokong produk yang dikeluarkan oleh beliau. Disebabkan personalitinya yang begitu bersahaja dan baik menyebabkan ramai netizen dan masyarakat menyokong apa yang beliau lakukan.

Post a Comment

0 Comments