"SAYA KELIRU DAN TAKUT KERANA PADA WAKTU ITU BANYAK SANGAT JALAN DEPAN MATA" : SEORANG GADIS SERIK UNTUK MENDAKI LAGI DISEBABKAN PERISTIWA SERAM YANG DIALAMINYA




 NEGERI SEMBILAN: Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang perempuan yang mendaki bukit di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kita seringkali diingatkan oleh orang-orang tua untuk menjaga tingkah laku dan percakapan ketika memasuki hutan atau kawasan yang asing dan tidak pernah dilawati.

Hal ini demikian kerana kita tidak tahu bahawa kawasan tersebut samada berpenghuni oleh makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar.


Melalui twit yang dilakukan di twitter beliau jelas kedengaran suara aneh seperti yang beliau maksudkan serta kedengaran juga suara seperti perempuan ketawa sinis dan kanak-kanak.

Sehingga sekarang, twit tersebut mendapat sehingga 7,200 retweet dan 14,000 like serta komen-komen netizen yang terkejut dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Lily, kakaknya mengajak untuk mendaki bukit tersebut kerana dipuncak bukit tersebut mempunyai pemandangan matahari terbenam yang cantik.

"Memang hiking ini tidak dirancang, kakak mengajak untuk hiking tetapi masa pada ketika itu sudah agak lewat, iaitu sekitar 6.30 petang. Saya juga mula berasa tidak sedap hati dan menolak pelawaan itu. Namun kami pergi juga sebab masa tu pun ada orang lain yang baru nak mendaki jadi saya rasa tidak apa-apa" jelas Lily lagi.

Menurut Lily, beliau dan yang lain pulang selepas sejam kemudian dan rakan kakaknya lah yang merakam video tersebut secara spontan ketika hendak menuruni bukit tersebut.

"Nak dijadikan cerita, masa hiking bersama kakak dan beberapa orang lain saya sesat kejap. Saya jadi lost sebab nampak banyak jalan. Saya tutup mata dan duduk kat tepi untuk tenangkan diri sampai saya lihat kakak dan yang lain-lain datang."

"Keesokannya, kami dengar semula rakaman tu, masa dengar tu kami perasan ada suara aneh tu. Suara tu dengar dengan sangat jelas macam dekat speaker, sedangkan waktu tu cuma ada saya dan rakan kakak (yang merakam) saja."

Sejak dari kejadian itu, Lily serik dan tidak ingin untuk mendaki lagi.

"Apa pun, untuk mengingatkan semua, jika masuk ke tempat orang atau asing, pastikan niat tu baik. Serta jangan lupa baca doa dan jaga tingkah laku." Jelasnya lagi.


Post a Comment

0 Comments