SEKUMPULAN PENGAWAL KESELAMATAN WARGA BANGLADESH DITAHAN AKIBAT MEMBELASAH


ALOR SETAR: Seramai Enam pengawal keselamatan berstatus warga Bangladesh ditahan di sebuah kompleks beli belah di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar kerana disyaki terlibat dalam kejadian memukul seorang lelaki warga tempatan, semalam.

Kesemua mereka yang berusia diantara 26 hingga 41 tahun ditahan selepas lelaki yang dipukul itu membuat laporan polis berkenaan tragedi yang terjadi malam semalam.
Menurut Ketua Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, Ketua Polis Daerah Kota Setar. Kejadian tersebut berlaku pada jam 3 petang ketika mangsa yang berumur 34 tahun itu hendak meletakkan motosikalnya di hadapan kompleks beli belah tersebut.
Bagaimanapun, salah seorang pengawal keselamatan yang terbabit memarahi mangsa kerana mangsa tidak meletakkan motosikalnya di tempat yang disediakan. 
“Difahami seorang lelaki telah meletakkan motosikal miliknya di kawasan yang bukan dikhaskan. Seorang pengawal keselamatan dalam usaha menjalankan tugasnya telah menghampiri lelaki terbabit,” jelasnya.
Ahmad Shukri berkata, pengawal keselamatan tersebut kemudiannya bertindak memanggil beberapa rakan sekerjanya. 
Beliau berkata, mereka kemudian dilaporkan menarik mangsa ke dalam satu bilik dan bertindak untuk memukul mangsa dengan tangan dan batang penyapu.
“Susulan itu berlaku salah faham antara kedua-dua mereka dan satu pergaduhan tercetus di antara pengawal keselamatan yang lain dengan lelaki tersebut,” katanya.
Mangsa yang mengalami lebam dan sakit pada anggota badan setelah dibelasah terus membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar.
Tambahnya lagi, pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kes ini dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

0 Comments