"THE RED DEVILS" MULAKAN TAHUN BARU DENGAN KEMENANGAN SEKALIGUS MENYAMAKAN KEDUDUKAN TERATAS LIGA




 LONDON: Pasukan "Red Devils" terus menggugat kedudukan tempat pertama Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Aston Villa 2-1 di Old Trafford.

Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer mendahului permainan menerusi hantaran Aaron Wan-Bissaka dan disudahi dengan tandukan Anthony Martial pada minit ke-40 . Villa tidak berdiam diri namun kembali menyamakan kedudukan 1-1 sama pada minit ke-58 hasil jaringan Betrand Traore.

Tiga minit kemudian, Bruno Fernandes berjaya meletakkan kembali United di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti dan sekaligus mendapatkan mata kemenangan untuk pasukan "Red Devils" itu. 

Tidak dapat dinafikan juga pemain pertahanan United patut diberikan kredit kerana berjaya dalam mengekang pasukan pihak lawan daripada mendapatkan gol. 




"Eric sememangnya wajar mendapat semua itu, ini yang dia perlukan selepas menghadapi masa-masa sukar terutamanya selepas pulih daripada kecederaan" jelas Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United kini berada dalam prestasi yang terbaik untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas walaupun memulakan musim dengan agak perlahan iaitu hanya memenangi dua daripada enam perlawanan pertama sejak liga itu bermula.

Sejak pesaing lain tercicir mata sejak beberapa minggu lalu, United mengumpul 26 daripada 30 mata dalam perlawanan, ini memberikan nafas baru kepada mereka sekali gus meletakkan diri mereka sebagai pesaing kejuaraan.



Post a Comment

0 Comments