TRAGEDI FERI TRISO: GADIS TULAR DUKUNG BAYI MERUPAKAN AHLI KELUARGA MANGSA


SIBU:  “Saya yang pegang bayi itu, selepas dia diselamatkan dari terperangkap saya cepat-cepat ambil dia."

“Ada juga orang yang cuba tolong bagi bantuan pernafasan tetapi tidak dapat diselamatkan kerana mereka sudah lebih sejam dalam sungai,”.
Itu kata Christina Ting, gadis yang tular baru-baru ini di media sosial dengan gambar dalam keadaannya menggambarkan kesedihan mendukung seorang bayi yang merupakan mangsa dalam kemalangan di Jeti Feri Triso baru-baru ini. 
Lebih menghayatkan lagi, bayi yang didukung beliau merupakan sepupunya sendiri yang baru berusia empat bulan.
Beliau berkongsi rasa sedih apabila dua ahli keluarga yang terdiri daripada tujuh sepupu dan dua ibu saudara yang sangat rapat dengannya sejak kecil lagi meninggal dunia di depan matanya sendiri. 
“Mana mungkin saya boleh lupa peristiwa ini. Kami rapat sejak kecil hinggakan ada di antara sepupu saya itu… saya jaga apabila ibu mereka ke luar negara kira-kira dua bulan.
“Apatah lagi mereka semua pergi depan mata saya. Sukar saya gambarkan perasaan sedih itu. Namun, saya akui saya perlu terima takdir ini,” jelasnya lagi ketika ditemu bual pada ahad lepas. 
Sehubungan itu, Christina menambah bahawa dia sudah menganggap ibu saudaranya itu seperi ibu kandungnya sendiri. Hal ini demikian kerana, arwahlah yang banyak membantu membesarkan Christina sejak dari kecil lagi dan ketika ibu bapanya sudah berpisah.

Post a Comment

0 Comments