16 INDIVIDU DITAHAN ATAS KESALAHAN MENGADAKAN PESTA DADAH

BUTTERWORTH: 16 individu termauk pelajar sekolah ditahan dan direman selama 4 hari bagi membantu pihak polis dalam menyiasat berkaitan kejadian di sebuah pangsapuri di Park Assumption. 

Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor selaku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara berkata, kesemua indidividu yang ditahan atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengadakan pesta dadah dan sambutan hari jadi di sebuah homestay kira-kira pukul 1:30 pagi waktu tempatan.
Jelasnya, pihak polis melakukan serbuan di lokasi kejadia selepas mendapat aduan pencemaran bunyi yang melampau daripada jiran.  
Jelas Noorzainy lagi, 16 individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 15 hingga 22 tahun. Mereka terdiri daripada 7 wanita dan tiga lagi merupakan individu dibawah umur 17 tahun. Sebelum serbuan dilakukan, mereka sedang leka berpesta dan menari di rumah yang dijadikan homestay tersebut. 
Hasil siasatan daripada serbuan tersebut mendapati individu-individu yang ditahan menyewa rumah tersebut dengan kos RM180 semalam untuk menyambut hari jadi rakan mereka.  
Semasa serbuan dilakukan, SOP tidak digunapakai seperti tiada penjarakan fizikal dan individu yang ditahan mengaku bahawa mereka berkumpul atas sebab untuk menyambut hari jadi rakan mereka. 
Melalui ujian saringan air kencing, 15 daripada 16 individu itu didapati positif dadah jenis ketamine, AMP dan methamphetamine.
Kes disiasat dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sehubungan dengan itu, mereka berdepan kompaun RM1,000 setiap seorang atas kesalahan melanggar SOP yang disediakan dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Post a Comment

0 Comments