DATUK LEE CHONG WEI BERHASRAT MEMBERIKAN SUMBANGAN TABLET KEPADA PELAJAR KURANG MAMPU


Baru-baru ini, Datuk Lee Chong Wei berkongsikan hasrat beliau untuk memberikan sumbangan berbentuk tablet sebanyak 50 unit kepada pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi tujuan pembelajaran. Yang mana kita tahu pada ketika ini, pembelajaran dilakukan secara online disebabkan murid-murid tidak dibenarkan ke sekolah atas faktor peningkatan eks COVID-19.

Tindakan beliau itu mendapat pujian daripada netizen. Beliau dilabel bukan sahaja hebat di gelanggang malah hebat dalam membantu orang ramai.

Datuk Lee Chong Wei menyampaikan hasrat beliau kepada Steven Sim Chee Keong selaku Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang kemudian mengongsikan berita gembira itu di laman sosialnya.

Wira-wira kami di sini! Cong Wei telefon saya semalam selepas mengetahui tentang rancangan ′′ Asalkan anda pergi ke sekolah Kami berbual tentang kawasan keluarga masing-masing, kesihatan dan sukan negara."

"Saya gembira kerana Zong Wei dan keluarganya sihat sekarang. Cong Wei kesayangan kami juga membawa berita baik kepada kami: Zong Wei akan menaja tab A8 tab Samsung untuk program ′′ Asalkan anda pergi sekolah "





Sumbangan tablet ini akan diserahkan kepada ahli parlimen tersebut untuk diedarkan dan difahamkan akan diberikan kepada mereka yang memerlukan selepas perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Sementara melihat ruangan komen postingan tersebut. Rata-rata netizen memuji sifat mulia lagenda badminton tersebut. Sumbangan ini sememangnya dapat meringankan beban para pelajar yang kurang berkemampuan sekaligus membantu dalam sesi PDPR mereka.

Program Asal Cek Mau Pi Sekolah ini dilancarkan oleh Steven Sim Chee Keong selaku Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 24 Januari yang lalu dengan tujuan untuk memberikan bantuan khusus dalam sektor pendidikan bagi penduduk di sekitar Bukit Mertajam.





Post a Comment

0 Comments