PERMOHONAN BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) KINI DIBUKA SECARA ONLINE


Terkini, permohonan bagi Rumah Mesra Rakyat secara atas talian (RMR SPNB) kini dibuka dan boleh diakses oleh pemohon. 

Apakah Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

Program RMR ini diperkenalkan bagi membantu golongan-golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah dan keluarga yang miskin yang tidak mempunyai mempunyai kediaman sendiri atau duduk di rumah yang usang atau daif tetapi mempunyai tanah bagi membina sebuah kediaman yang diidamkan. 

Perkara ini sejajar dengan misi SPNB yang berhasrat untuk melaksanakan pembangunan perumahan mampu milik yang mampan serta menepati kepuasan pelanggan melalui budaya kerja cemerlang serta menjadi pemaju yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap tanggungjawab sosia.

Permohonan Rumah Rakyat 2020 / 2021

Berikut merupakan info terkini terkini mengenai Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat:

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas
  • Jumlah pendapatan seluruh isi rumah mestilah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan suami isteri yang tidak memiliki rumah sendiri / atau menduduki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan tanah tersebut, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu pemilik tanah tersebut.
  • Keluasan tanah mestilah tidak kurang daripada 3,600 kps
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diperlukan

Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Dibawah merupakan kos dan senibina RMR:

  1. Bahagian Semenanjung Malaysia
  • Keluasan Tanah: 1000 KPS
  • Harga diperuntukkan: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM55,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300

2. Bahagian Semenanjung Malaysia di (Pulau)

  • Keluasan Tanah: 850 KPS
  • Harga Diperuntukkan: RM85,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM65,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM350
rumah mesra rakyat

3. Bahagian Sabah & Sarawak

  • Keluasan Tanah: 750 KPS
  • Harga Anggaran:RM75,000 – RM106,500
  • Subsidi pembinaan:RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300 – RM470
rumah mesra rakyat

Cara Untuk Memohon RMR Secara Atas Talian (Online)

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat Permohonan RMR secara online:

  1. Layari laman web Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB seperti berikut: http://rmr.spnbonline.com.my
  2. Klik ‘Pendaftaran Baru’
  3. Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  4. Terima ID Login & Kata Laluan
  5. Log Masuk ke Laman Utama
  6. Lengkapkan Borang Online
  7. Isi maklumat ke dalam sistem
  8. Selesai Mengisi Borang Online
  9. Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  10. Hantarkan Borang dan Dokumen Kepada SPNB
  11. Menghantar borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB. Tekan link ini bagi mendapatkan lokasi Pejabat Cawangan SPNB Negeri.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Menyediakan Sekurang-kurangnya 4 Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan bagi yang berstatus suami isteri
  2. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Menyertakan slip gaji terkini (3 bulan) /surat pengesahan pendapatan pemohon /surat akuan sumpah pendapatan / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan daripada tuan tanah
  8. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan sijil nikah pemohon
  9. Meyediakan Borang laporan tapak bergambar

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info tambahan berkaitan Rumah Mesra Rakyat SPNB, anda boleh pergi terus ke cawangan SPNB berhampiran atau menyemak secara atas talian di laman web rasmi SPNB https://spnb.com.my/

Post a Comment

0 Comments