RUMAH BAGI GOLONGAN B40 DAN M40 AKAN LEBIH BANYAK DIBINA TAHUN 2021-ZURAIDA


PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya RM1 bilion akan diperuntukkan untuk membina rumah bagi golongan M40 dan B40 menjelang tahun ini menerusi projek Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR). 

Datuk Zuraida Kamaruddin selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan dengan tujuan untuk mebina 14,000 unit kediaman bagi projek PPR, RM310 juta untuk pembinaan 3,000 unir PPAM dan RM315 juta kepada projek PPR pada tahun 2021 ini.  

Beliau berkata bahawa pihak PRIMA akan menyasarkan sehingga 15,577 unit rumah yang akan dibina tahun ini dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan melaksanakan 12 projek kediaman yang sedia ada merangkumi sehingga 4,380 unit disamping merancang untuk melaksanakan lagi 11 lagi projek 7,407 unit rumah.
"RM125 juta pula diperuntuk bagi kerja-kerja penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah serta membaik pulih rumah usang atau rosak akibat bencana alam," jelasnya pada majlis Amanat Tahun Baharu yang dikongsi secara dalam talian.
Pada 2020, Zuraida berkata sebanyak 14,547 unit rumah untuk golongan B40 dan M40 disiapkan, yang melibatkan 3,120 unit PPR, 5,043 unit PPAM, 5,931 unit rumah PRIMA dan 453 unit RMR.
"Dalam Belanjawan 2021, KPKT menyediakan sebanyak RM10 juta sebagai bantuan kewangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang kurang berkemampuan untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam," jelasnya
"Jadi, kita ambil peluang ini (PKP) untuk gunakan ahli majlis PBT dan pasukan penggerak kita untuk turun ke bawah memberikan taklimat bagaimana melaksanakan program-program pengasingan (sampah) dan kitar semula," katanya lagi
Zuraida juga mengatakan bahawa Dasar Kebun Komuniti bakal dilaksanakan tahun ini bagi memastikan penggunaan tanah di bandar digunakan secara maksimum  dengan sasaran satu kebun komuniti dan satu projek PPR.
Zuraida mengatakan bahawa perkara ini adalah kesinambungan kepada Program Kebun Komuniti Bandar yang giat dijalankan menerusi Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK) melibatkan 304 peserta daripada 14 PPR pada tahun lepas.
"Kebun komuniti di PPR Pak Mahat, Kuantan telah berjaya menghasilkan lebih 450 kilogram sayur-sayuran seperti terung, kangkung, bayam, cili, kobis, kailan dan sawi," jelas beliau.

Post a Comment

1 Comments

  1. Memohon rumah mesra rakyat ini boleh keluarkan duit dari kwsp ker untuk membayar duit rumah ini..

    ReplyDelete