SEORANG JURURAWAT YANG SARAT MENGANDUNG MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT COVID-19




 KUALA LUMPUR: Seorang jururawat Hospital UITM yang sarat mengandung dilaporkan meninggal dunia. Perkara ini dipercayai akibat daripada jangkitan COVID-19.


Menurut muatnaik di laman Facebook Fakulti Perubatan Hospital Teknologi Mara (UiTM), Jururawat yang dikenali sebagai Artini Dzolkarnaini menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 5:30 pagi kelmarin di Hospital Teknologi Mara (UiTM) menurut  Fakulti Perubatan Hospital Teknologi Mara (UiTM) melalui suatu muatnaik di laman Facebook mereka.


Allahyarham merupakan seorang jururawat di Jabatan Perubatan Rehabilitasi Pusat Perubatan UiTM di Sungai Buloh,


Menerusi muatnaik tersebut, semua warga Fakulti Perubatan UiTM memberikan ucapan salam takziah buat Allahyarham.


"Kami mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, ...Amin," menurut postingan tersebut.


Difahamkan, Allahyarham yang sarat mengandung 30 minggu itu dirawat di hospital UiTM selepas disahkan positif menghidap penyakit COVID-19. 


Sehubungan itu, melalui muatnaik yang dikongsikan antara rakan dan rakan sekerja Allahyarham, bayinya selamat dilahirkan melalui pembedahan. 


Bayi tersebut kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) di hospital yang sama.


Usaha untuk menemubual keluarga Allahyarham belum dapat dilakukan kerana pihak mereka belum bersedia untuk mengatakan apa-apa kepada pihak media. 

Post a Comment

0 Comments